Saturday 4 March 2017

Resepi : Gulai Kawah Daging Kambing dgn Umbut Pisang

Selalunya orang kongsi resepi untuk 2 ke 5 orang tapi Keyla nk kongsi resepi untuk kenduri kecil anggaran untuk 150 orang makan.

Resepi ni Keyla belajar dari mak yang memang seorang tukang masak. Mungkin cara orang lain berbeza tapi kalau nak cuba silakan :-)

Bahan - bahan
1. Daging kambing - seekor kambing bersaiz sederhana ke sedikit besar atau anggaran 25kg termasuk daging, tulang dan organ dalaman
2. Umbut pisang - 2 kg (disiat dan ambil umbut lembut yang hanya boleh dipatahkan dengan jari sahaja bukan dengan pisau. Buang talil halus yang leuar dr umbut semasa ia dipatahkan)
3. Santan pekat - 4 kg
4. Rempah kari daging pedas cap babas - 6 paket sederhana besar
5. Kerisik - 200 - 500 gram bergantung kepada kepekatan yang kita suka
6. Minyak untuk menumis
7. Bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
8. Daun kari
9. Bawang putih dan merah diracik
10. Air putih

Cara - cara.
1. Bersihkan daging dan umbut terlebih dahulu.
2. Masukkan minyak dlm kawah atau periuk yg telah siap disediakan untuk memasak
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari jika ada. 
4. Apabila naik bau sedikit, masukkan kesemua rempah kari daging pedas dan kacau 
5. Masukkan kesemua daging yang telah disediakan, kacau hingga sebati dengan rempah
**tak perlu tunggu rempah naik minyak untuk masukkan daging. 
6. Tambahkan sedikit air agar daging dan rempah boleh bersalut sepenuhnya dan kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah. 
7. Apabila daging telah mengeluarkan jusnya dan rempah telah naik minyak, masukkan kerisik dan kacau sebati, biarkan seketika sehingga mendidih. - Anggaran 30 minit sehingga daging lembut.
8. Masukkan umbut pisang dan air putih sehingga sama paras dan kacau sebati sehingga umbut lembut sedikit. - anggaran 15-30 minit. 
9. Apabila sudah lembut, masukkan santan pekat dan kacau sehingga sebati. 
10. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga mendidih dengan kuat dan tutup api.


Okey dah siap. Boleh hidangkan kepada tetamu😙

Selamat mencuba!! :-)










No comments:

Post a Comment