Friday 15 March 2013

Delicious Tiramisu

Delicious Tiramisu for you and your guest

Hi, Good day to whoever stopping by at my lovely blog site.
Here are pictures of Tiramisu desert ordered by Azila (my colleague). 
She ordered this delicious tiramisu dessert after she tasted the sample. 
And i`m 100% sure everyone would loves this.
So suitable for any events and occasion.
It`s so lovely and delicious. Yummy!!


Here`s the price:
Min Order is 50 pieces
1 - 60 pieces = RM3.50 each
61 - 80 pieces = RM3.40 each
81 pieces and above = RM 3.30 each

**Add Oreo topping - add RM0.20 each

**Customized decoration is upon request.




.

Monday 11 March 2013

K.I.S.A.H H.A.N.T.A.R.A.N


Hantaran ialah pemberian kepada pasangan bakal pengantin dan pengantin. Dalam masyarakat Melayu, hantaran biasanya diberi semasa majlis pertunangan dan perkahwinan. Mengikut adat negeri Perak,  si gadis digalakkan untuk menyediakan pemberian berupa manisan untuk pihak teruna semasa majlis bertunang. 

Gula - gula, halwa betik yang diukir cantik, pulut delima, dan wajik pulut biasanya menjadi pilihan manisan untuk majlis bertunang. Pemberian lain seperti tuala, kain satin untuk baju melayu juga biasa diberi semasa bertunang. 

Pemberian seperti kasut, dompet, jam dan minyak wangi akan diberi semasa majli perkahwinan. Jumlah hantaran yang perlu diberi bergantung kepada pasangan. Perbincangan yang jujur dan teliti akan memudahkan proses menentukan barangan hantaran yang hendak diberi.

Pihak gadis biasanya perlu memberi barangan hantaran lebih 2 bekas hantaran berbanding pihak teruna. Contohnya, jika pihak teruna memberi 5 bekas hantaran, maka pihak gadis perlu memberi 7 bekas hantaran dan begitulah seterusnya.

Penentuan warna dan tema hantaran bisanya mengikut warna tema majlis ataupun sedikit kontra. Pilihan tema  taman, Inggeris dan kristal adalah yang menjadi pilihan kebanyakkan pasangan. Warna- warna seperti ungu, merah jambu dan krim adalah warna yang paling popular.

Ada yang memilih untuk buat hantaran sendiri dan ada juga yang menempah dari butik perkahwinan. Di zaman sekarang ni perkhidmatan untuk majlis tunang ataupun kahwin dah banyak. Kita dah boleh buat pilihan yang mana mengikut citarasa dan bajet kita. Yang penting servis yang ditawarkan mestilah memuaskan hati dan sesuai dengan harga yang akan dibayar.

Apapun pilihan atau keputusan anda, nasihat saya ialah, berhati-hati dengan pilihan anda, jangan nanti nampak janggal pula. Dan jangan terlalu cerewet sampai menyusahkan pasangan dan keluarga untuk membantu persiapan majlis anda nanti. Buatlah pemerhatian awal supaya boleh dapatkan tawaran yang baik dan tidak membuat persiapan disaat akhir bagi mengelakkan kekecewaan.

Semoga majlis anda akan menjadi kenangan terindah sepanjang zaman. In Shaa Allah.

Nukilan ini hanyalah perkongsian yang tak seberapa dari saya. Harap2 anda suka membacanya.

Salam sayang dari,
Cik Keyla



Sunday 10 March 2013

Saturday 9 March 2013

Candy Buffet, Sweet Corner

Hi.. Ni nak kongsikan gambar yang sempat di ambil mase wedding Cikreen (partner) untuk Candy Bar dia.

So, kalau berkenan bolehla emailkan CKB untuk detail.

Hasil mungkin berbeza mengikut tema dan permintaan anda. Harga adalah berpatutan.





Gambar ni je dari Google.

Sunday 3 March 2013

Order Dari Mehraj

Hai.. ha ni lah 3 bekas hantaran Mehraj untuk majlis akad nikahnya pada 2 Mac 2013. 

Tema Gold dan Cream