Saturday 4 February 2017

Cuti Sabbatical

Dalam dunia pekerjaan ni setiap pekerja diberikan cuti sebagai faedah. Antara cuti yang terkenal ialah cuti tahunan, cuti sakit, cuti bencana, cuti melahirkan anak atau cuti mendapat anak. Ada 1 lagi cuti yang tak ramai tahu iaitu cuti Sabbatical (tak tau bahasa melayunye ape..). Jom nak kongsi sikit pasal cuti Sabbatical ni.

Definisi: Cuti sebulan dengan gaji (lebih kurang 20 hari bekerja).
Asal : Budaya kerja syarikat dari Amerika 
Syarat : Pekerja mestilah bekerja selama 5 tahun berturut 
Tempoh : 1 tahun dan jika tidak diambil dalam masa 1 tahun cuti ni akan terbatal.

Cuti sabbatical ni untuk menghargai pekerja dan supaya pekerja dapat berehat dari kesibukan kerja untuk melalukan sesuatu yang mereka suka.

Aku layak amik cuti ni dari bulan Feb 2016 sampai Feb 2017. So aku pilih bulan Feb 2017 untuk gunakan cuti ni. Aku keja dengan PayPal sebuah syarikat kewangan atas talian dan aku boleh tambah maksimum 10 hari dari cuti tahunan campur cuti sabbatical. So aku pilih untuk tambah 5 hari, dan sebab ade 3 hari cuti umum, dapatlah total cuti dalam 35 hari. 

Banyak sangat yang aku nak buat masa ni. Fokus utama ialah nak buat bende2 yang aku suka, membaiki hubungan aku dengan Allah dan merapatkan silatutrahim dengan keluarga dan kwn2. Aku pilih Utara Thailand untuk bercuti dengan orang yang aku tak kenal, ke Kelantan dengan mak dan adik pastu ke Sabah dengan suami. Aku nak melawat mak mentua dan luangkan masa dgn dia. Aku mengajar bahasa inggeris dan belajar menjahit. Aku belajar memasak untuk catering jugak dari mak aku. Dan luangkan masa dengan kawan2 lama. 

Tak kisah apa yg kita nk buat asalkan kita penuhi cuti ni dengan benda yg berfaedah, dapat berehat dan menjaga kesihatan. Aku happy sangat dengan ape yg aku pilih untuk penuhi masa cuti ni walaupon mungkin tak seglamer org lain. Tp kualiti bersama family, kawan2 dan dapat tambah skill adalah sangat bermakna utk aku. 

Terima kasih Allah kerana bagi aku rezeki bekerja di PayPal.
Terima kasih PayPal sebab bagi faedah ni pada pekerja anda.

6 tahun bersama PayPal dan masih setia. 

No comments:

Post a Comment