Friday 14 December 2012

Gubahan Hantaran

Hi.. Just wanna share few pictures of hantaran that i've made for my lovely friends.
Please do contact me if you want CKB to do hantaran deco for you.. ;-)..

P/s: sorry for the low quality pictures. :-)

Bunga pahar Gold n Cream

Ni order terbaru untuk bunga telur VIP / bunga pahar. Bunga tisu saiz L. Ni mmg last minit order yang aku terima seminggu sebelum majlis berlangsung. Terima order pd jumaat malam 30 / 11 / 2012,
Beli barang pd 1 / 12 / 2012, Customer amik pagi 8 / 12 / 2012...

Rase mcm dasyat jer nk siapkan.. Tapi xpe, aku cuba jugak.
Setelah seminggu alhamdulillah dah siap.. So inilah hasilnyer.. Dari feedback yang diterima semua berpuas hati.

Jika berkenan boleh hubungi utk tempahan. Harga boleh dirunding.. ;-)

Dah siap untuk final touch
Testing..testing..
Siap untuk penghantaran...

Buku Tetamu @ Guest Book

Satu lagi product dari Cik Keyla Bazaar..

Custom made guest book
Bahan - bahan yang digunakan 
Dah Siap!!

Sunday 9 December 2012

Bunga telur dari kertas tisu

Salam hujung minggu..

Hari ni nak share macam mane nak buat bunga telur dari kertas tisu atau ape2 kertas kraft..

  Bahan2nya
1. Kertas kraft (kertas tisu, soft paper etc)
2. Dawai putih lembut
3. Riben berwarna suka hati
4. Sarung organza (kalau nk guna net pon boleh)
5. Lidi buluh
6. Gam kertas untuk lilit
7. Gunting dan cutter

Antara bahan2 yang diperlukan

Cara-caranya
1. Potong kertas tisu menjadi empat bahagian. Kemudian susun kertas tadi berlapis menjadi satu.

2. Lipat kertas empat lapis tu seperti kipas dan ikat dengan dawai lembut ditengah.

3. Buka helaian kertas yang dilipat tadi satu persatu keatas menjadi seperti bunga carnation.

4. Bentukkan riben menjadi segumpal riben yg cantik dan buat beberapa gumpal.

5. Ambil sarung organza td dan ikat ujungnya dgn dawai lembut.(rujuk gambar)

6. Ambil bunga kertas yg sudah siap dibuka helaiannya dan lilitkan pd lidi dgn pita lilit tadi..

7. Ambil segumpal riben lilitkan juga dibawah bunga kertas, kemudian ambil segumpal lg intuk dililit di sebelah riben pertama tadi.

8. Kemudian lilit pita sampai ditengah lidi dan ambil lg segumpal riben dan lilit.

9. Ambil pula sarung organza tadi dan lilit dibawah riben.

10. Lilitkan pita tu sampai kehujung lidi buluh.

Dah siap bunga telur kertas yang stunning..

Harap2 dengan 10 langkah ni ade yang boleh ikot.. Klu xfaham, aku mintak maaf ehh.. Boleh tanya.. Hee.. Klu xnak pon boleh tempah je ngan aku.. Murah sikit dari order kat kedai.

Kertas tisu yang dipotong kepada empat bahagian
Riben yang dibentuk 
Kertas tisu yang dilipat seperti kipas
Dari kertas tisu menjadi sekuntum bunga carnation
Dah siap!!

Selamat Mencuba!!!